Ramai ibu bapa pilih pelan pendidikan jamin kos pengajian anak-anak hingga peringkat tertinggi
DALAM dunia makin mencabar ini, institusi keluarga tidak dapat lari dari ketidaktentuan yang dipengaruhi faktor sekeliling. Misalnya, jika berlaku perubahan dalam bidang politik, sosial dan ekonomi, institusi kekeluargaan turut menerima kesan baik atau buruknya.
Sehubungan itu, ibu bapa harus mengambil langkah proaktif mempersiapkan keluarga menghadapi apa saja kemungkinan. Dari segi kesihatan dan keselamatan misalnya, ramai ibu bapa mengambil perlindungan insurans untuk diri mereka serta anak-anak. Ini penting supaya adanya sumber untuk membiaya bil rawatan jika ditimpa kemalangan atau penyakit.
Bagi ibu bapa yang sentiasa berfikir jauh ke depan, mereka pastinya mengambil berat soal pembiayaan pendidikan tinggi untuk anak-anak. Isu ini lebih menjadi perhatian apabila melihat perubahan yang berlaku dalam kehidupan sekarang. Boleh dikatakan, setiap perkara memerlukan wang dan bermacam-macam kos dalam kehidupan harian kian meningkat sedangkan bantuan atau subsidi makin berkurangan.
Memikirkan bagaimana jika kos pengajian anak-anak harus ditanggung sendiri kerana tiada lagi pinjaman yang boleh diberi pihak terbabit, ramai ibu bapa mula didedahkan dengan tabungan berbentuk insurans atau pelan pendidikan. Antara produk yang mendapat tempat dalam pasaran ialah Pelan Pendidikan PRUlink dari syarikat insurans terkemuka, Prudential Assurance Malaysia Bhd.
Pasangan suami isteri, Izaidy Ismail dan Rashida Mior Ahmad Darwish sepakat mendapatkan pelan pendidikan PRUlink untuk keempat-empat anak mereka yang berusia antara setahun sehingga enam tahun sejak mereka dilahirkan lagi.
Apa yang menarik, pasangan suami isteri ini tidak pernah memiliki perlindungan insurans untuk diri masing-masing ketika mengambil pelan ini untuk anak sulung mereka. Pasangan suami isteri ini hanya mendapatkan perlindungan insurans peribadi beberapa tahun lalu.
“Seperti ramai individu bekerja yang lain, ketika itu kami mungkin berasa selesa dengan perlindungan insurans yang disediakan majikan tanpa berfikir mengenai kemungkinan kami akan berhenti kerja dan terpaksa mendapatkan perlindungan insurans baru sendiri jika majikan baru tidak menyediakannya.
“Oleh itu, kami mengambil keputusan untuk mendapatkan perlindungan pelan pendidikan PRUlink dan selepas mendapatkannya, kami berasa lebih ‘selamat’ bila memikirkan yang masa depan anak kami terjamin pada masa akan datang atau jika berlaku apa-apa yang tidak diingini kepada kami,” jelas Rashida.
Tambahnya, beliau dan suami memilih Prudential untuk pelan pendidikan ini kerana ia adalah jenama yang dipercayai.
“Apa-apa urusan dapat dilakukan dengan cepat dan mudah, ejen yang kami temui bersikap profesional dan produk yang ditawarkan syarikat ini selalunya inovatif serta mengikut keadaan semasa,” katanya.
Izaidy dan Rashida turut menggalakkan ibu bapa lain berusaha lebih untuk membuat persediaan lebih awal membabitkan pembiayaan pendidikan anak-anak bagi mengelak masalah pada masa akan datang.
Satu lagi pasangan ibu bapa kepada tiga orang anak, Amir Hamzah Abd Rahim dan Sabarina Osman menganggap pelan pendidikan untuk anak-anak sebagai pelaburan yang berbaloi.
Amir Hamzah berkata, daripada membuat simpanan atau tabungan biasa untuk pendidikan anak-anak, lebih baik ia dibuat dalam bentuk insurans atau pelan pendidikan yang memberi lebih banyak kelebihan.
“Mungkin kita akan rasa sedikit bebanan untuk memperuntukkan sejumlah wang untuk suatu ‘keuntungan’ yang tidak dapat kita lihat dalam jangka masa singkat. Tetapi apabila memikirkan ia adalah suatu tanggungjawab, kita boleh melaksanakannya.
“Untuk anak-anak kita nanti, sama ada mereka cemerlang ataupun tidak dalam pelajaran, mereka masih mempunyai peluang untuk menyambung pengajian di universiti dengan adanya pelan pendidikan yang kita sediakan sejak mereka kecil lagi,” kata Amir Hamzah.
Ramai pilih pelan pendidikan anak
KESEDARAN ibu bapa mengenai pelan pendidikan anak-anak makin meningkat, kata Rosli Yaacob, Pengarah Al Isra’ Associates Sdn Bhd iaitu syarikat yang bertindak sebagai agensi atau wakil kepada Prudential.
“Daripada maklum balas menerusi jelajah dan promosi yang syarikat kami lakukan ke seluruh negara, rata-rata ibu bapa menyatakan mereka ingin menyediakan segala yang terbaik untuk anak mereka termasuklah dalam hal pendidikan.
“Bagi yang benar-benar dapat melihat mengenai kepentingannya, mereka bersedia untuk mendapatkan pelan pendidikan ini sejak awal lagi tapi ada juga yang masih belum bersedia disebabkan pelbagai faktor,” katanya kepada Sabtu.
Rosli berkata, situasi masa kini sudah memperlihatkan kebanyakan ibu bapa dan pelajar tidak boleh lagi semata-mata mengharapkan bantuan atau pinjaman daripada kerajaan atau pihak lain untuk menampung pendidikan tinggi. Pada suatu peringkat nanti, kata Rosli, kemudahan seperti ini tidak lagi disediakan dan pilihan yang ada hanyalah biasiswa.
“Seperti yang kita tahu, persaingan untuk mendapatkan biasiswa adalah amat sengit. Dibimbangi jika anak-anak tidak memperoleh biasiswa dan pada masa yang sama simpanan untuk pendidikan mereka juga tiada, tertutup peluang untuk mereka meneruskan pengajian, lebih-lebih lagi dengan kos pengajian yang semakin hari semakin meningkat.
“Sebab itulah ibu bapa wajar bersedia daripada sekarang dengan mendapatkan produk pelan pendidikan seperti yang ditawarkan Prudential.
“Memahami situasi sesetengah ibu bapa yang mempunyai banyak komitmen kewangan, mereka boleh mendapat khidmat nasihat daripada ejen bagi membantu mereka merancang kewangan mereka mengikut keutamaan serta mendapatkan bayaran bulanan yang mampu ditanggung.
“Apa yang menguntungkan dalam Pelan Pendidikan PRUlink ini, ia bukan hanya menjadi simpanan untuk pendidikan anak-anak di masa depan, malah meliputi pelan perlindungan hilang upaya menyeluruh dan kekal, kematian dan penyakit kritikal serta pelbagai perlindungan lain,” ujar beliau.
Mengenai alasan tidak mampu yang mungkin diberi sesetengah ibu bapa apabila ditanyakan mengenai insurans atau pelan pendidikan untuk anak mereka, Rosli berkata, keadaan berbeza dilihat pada golongan ibu bapa di negara lain.
Ada di antara mereka yang datang dari kelas ekonomi bawahan atau sederhana, tapi mereka sanggup melakukan lebih daripada satu kerja demi memastikan dana untuk pendidikan dan masa depan anak mereka terjamin
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI
017-6514658 -AMIRAH
017-9459416- AIMAN
No comments:
Post a Comment